RPH

Rancangan Mengajar Sains Tahun 3


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

Mata pelajaran                        :    Sains
Kelas                                      :    3 Lili
Tarikh                                     :    12  April  2012
Masa                                      :    3.30- 4.00 ptg (40 minit)
Bilangan murid                        :    33 orang
Tajuk  / Topic                         :   Electricity   / Elektrik                                            
Learning Objectives /Objektif pembelajaran
                                                : 2.2 Sesetengah  bahan boleh mengalirkan  arus elektrik / that some               
                                                        materials conduct electricity.
Hasil pembelajaran / Learning outcomes                   
                                                :  * ramalkan bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik
                                                   *bina satu litar elektrik untuk mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan   
                                                     arus elektrik.
                                                   *Catat pemerhatian melalui eksperimen yang dijalankan.

 Objektif  Pembelajaran   :     Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
KOGNITIF                : Menguasai isi kandungan
a.       Dapat menyatakan bahan yang boleh mengalirkan arus elektik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
b.      Dapat menyatakan bahan konduktor dan bahan bukan konduktor (penebat)
PSIKOMOTOR        : Mengelaskan bahan ‘conductor’ dan bahan ‘non-conductor’.
-          Menjalankan eksperimen menggunakan litar elektrik yang dibekalkan untuk pengelasan bahan.
AFEKTIF                   : Mengamalkan sikap saintifik dan  nilai murni.
a.       Bekerjasama menjalankan eksperimen
b.      Bertolak ansur sesama rakan dalam satu kumpulan.
c.       Berani mencuba pelbagai bahan /objek di persekitaran murid.
d.       
Penggabung jalinan isi kandungan  :    1. Bahasa – menyebut dengan betul perkataan
                                                               
Penerapan nilai                                :    Mendengar, teliti dan bekerjasama serta mensyukuri anugerah Allah.




Fasa

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid

Permulaan/
Mencungkil Idea
(3 minit)


Guru mengemuka soalan bagi mengetahui pengetahuan sedia ada para pelajar




Guru mengarahkan murid-murid supaya melihat putaran kipas yang berpusing dan lampu yang menyala.

-Guru menanyakan pada pelajar bagaimana kipas boleh berpusing dan bagaimana mentol boleh menyala

Guru mengaitkan pengetahuan
sedia ada murid mengenai bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.



Murid melakukan seperti yang diarahkan oleh guru.



-Murid menyatakan puncanya adalah kerana ada arus elektrik.




- Murid memberi respon .



Teknik:
Inkuari
Brainstorming.

Nilai : Tekun,bekerjasama.

BBM:
Kipas dan lampu di dalam makmal.


Menstruktur/
Menstruktur semula
(12  minit)

- Menjalankan penyiasatan melalui aktiviti bagi menguji bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik ataupun  tidak  boleh mengalirkan arus elektrik









1.Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

2. Guru menunjukkan  cara sambungan litar bagi pengujian bahan-bahan atau objek yang disediakan oleh guru.

3.Guru mengarahkan ketua  kumpulan  mengambil bahan untuk menjalankan eksperimen.

3. Murid-murid dikehendaki mencatat hasil pengujian ke atas bahan melalui lembaran yang telah disediakan oleh guru.

-  Murid berada dalam kumpulan.

-Ketua kumpulan mengambil bahan yang diarahkan oleh guru.


- Menjalankan pengujian ke atas bahan bersama ahli kumpulan..

-Mencatat hasil pemerhatian mereka.




Teknik: eksperimen


Strategi :
Model pembelajaran  inkuari dan masteri

Nilai: Sabar, bekerjasama

BBM: 
Bateri, wayar, mentol, klip buaya, batu, klip kertas, paku tekan, guli, penyepit, span, straw, kayu  dll.


Aplikasi Idea

(10 minit)












Membincangkan hasil dapatan pelajar melalui pengujian yang telah dijalankan.









1.Guru membuat semakan bersama pelajar hasil dapatan yang dijalankan .


- Berbincang tentang hasil kerja murid.

- Guru memberi ulasan mengenai hasil kerja murid dan menegaskan tentang cirri bahan  konduktor dan bahan bukan konduktor.

-Guru juga membuat peneguhan tentang bahan konduktor bagi duit syiling samada bahan konduktor ataupun bahan bukan konduktor.


2.  Guru mengedarkan lembaran kerja

-  Rujuk lampiran (lembaran kerja)

- Guru memberi masa kepada  murid yang lambat untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

-Murid menyiapkan tugasan diberi.



-Murid membentangkan hasil kerja dan membuat semakan bersama guru.





-Murid  mendapat keputusannya bahawa duit syiling adalah bahan konduktor





-Murid menyiapkan lembaran kerja
-membuat  semakan bersama murid bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

Strategi :
Perbincangan kumpulan diikuti hasil aktiviti.

Teknik:Kaedah inkuiri deduktif.
.
Nilai: Sabar,mendengar arahan,bekerjasama.



BBM:
Lembaran kerja.







Refleksi/Penutup
(5 minit)


-Guru merumuskan tajuk pelajaran hari ini.

-Menegaskan bahan konduktor  adalah bahan yang diperbuat daripada besi dan keluli boleh mengalirkan elektrik . Bahan bukan konduktor dibuat daripada kayu, plastik, kain, span dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.


-Taksir kefahaman murid dengan
menyoal bahan konduktor dan bahan bukan konduktor.










- Murid mengingat  kembali mengenai maksud bahan konduktor dan bahan bukan konduktor.


Strategi :
penyoalan keseluruhan kelas.

Teknik: Menyoal, 
Nilai : bekerjasama,
hormat-menghormati dan sabar.



BBM:
-bahan dipersekitaran makmal sains.

-

No comments:

Post a Comment